Salam semua.. wahhh.. trajik tak title entry ni? ke poyo jer? kalo poyo sila muntah sekarang..hehe.. Sebenarnya yang bersatu ialah adik aku dan isterinya yang dah selamat diijab kabul pada 27 mei yang lalu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Jom share sikit gambar2 saat semasa majlis akad nikah..
![]() |
nervous sebelum lafaz.. |
Sah sudah.. |
Tahniah buat adikku yang dah berjaya melangkah bendul.. Sila jgn tanye bila turn saya..huhu.. Ok jom cite sket perjalanan kami ke Kelantan kali ni. Walaupun dah beberapa kali dtg ke Kelantan ni, tapi rasanye inilah trip yang paling best setakat ni. Sebab kali ni bila nak berjalan2 tak terikat dengan kehendak sape2.. 1st night kami kat sana kami tidur kat sebuah home stay di Machang sbb lebih dekat dengan rumah pengantin perempuan. Tapi homestay ni xbest sgt sbb air conditioner cuma ada 1 dan sekejap ada air sekejap xde air. Kan susah tu? lepas selesai majlis kenduri di rumah pihak perempuan, kami terus bergerak ke Kota Bharu. Kali ni tidur di home stay yang lain pulak. Rumah yang ni jauuuhhh lebih baik dari rumah yang pertama. Kemudahan lengkap, bilik banyak, aircond banyak, ada astro dan bilik tidur yang selesa. Serious best. Kalo nak tau lebih lanjut bleh klik kat sini. Ni ade sket gambar2 homestay tu..
One of the bed room |
Dapur |
Bila tiba waktu malam, smpai la masa untuk dinner. Selama berapa hari kat sini mmg duk repeat nasi lemak, nasi kerabu, nasi berlauk dan sebagainya. Tapi malam last kami kat sini kami makan western plak. Boring dah makan nasi. Kami makan dekat restoran Mr. Cook Western. Komen nya.. memang sedap dan murah.. Puas hati jugak la makan pada malam tu.. Jom share gambar makanan pulak..
Spageti carbonara |
Grilled chicken chop |
T-bone sizzling |
Mine.. double chicken sizzling.. |
Rupa lebih kurang sama jer kan? Tapi seriously rasa dia mmg berbeza2.. yang penting.. puas hati.. sebenarnya ada lagi menu yang x sempat nak capture tp dah di makan terlebih dahulu.hehe.. ok lah.. sampai sini dulu.. annyeong!!