Wednesday, 24 August 2011

My new job..

Alhamdulillah.. hampir sebulan kerja kat di tempat baru. Dan setakat ni semuanya ok. Walaupun kena pergi dan balik kerja naik bas, still ok jugak. Office mate pun semua baik2 dan sgt2 helpful. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2. Walaupun mula2 dulu ada rasa ragu2, tapi rasanya sekarang aku dah dapat sesuaikan diri. Minggu pertama aku kat sini aku tak la rasa best sangat, sebab aku rindu gile kat kawan2 kat PLF tu. Tapi since kami ym hari2 so terubat la jugak rindu tu. Dan last week kami dah berjumpa semula dan berbuka puasa sama2. Memang seronok seperti biasa la. So now..no more regret!!

ISBN buku yang kena hadap hari2..

My workstation =)
 

Thursday, 18 August 2011

Coconut shake..

Korang suka tak minum coconut shake?? Aku frankly speaking, x pernah minum dan tak pernah terasa untuk mencuba. Sampai la pada suatu hari kami pegi jalan2 kat Alamanda and then tak tau nak makan ape. Rasa malas nak makan fast food sebab dah biasa sangat. So last2 kami decide utk mkn di food court jer. Mula2 kwn aku jer beli coconut shake utk dia. Bila aku tengok macam sedap plak. Last2 kami bertiga semua minum coconut shake. Mmg sangat sedap..bagi aku la..rupa dia pun sangat menggoda org utk meng order..hehe..

coconut shake kami..nyum3..
Tapi kami gi sana tak de la minum coconut shake jer.. Selain dari coconut shake, aku makan fried wantan mee dan bel plak order chicken chop. Aku rase wantan mee aku sedap, tapi bel cakap chicken chop dia biasa jer. So terpulang la kan, selera masing2.. Tapi hari itu memang sangat2 mengenyangkan.. Dan aku tetiba2 jadi suka sangat nak minum coconut shake lagi..



Tuesday, 2 August 2011

Taman Wetland, Putrajaya

Disebabkan aku dah nak resign tak lama lagi, kwn2 aku suggest utk kitorg picnic2 kat Taman Wetland, Putrajaya. Mula2 aku tak berapa nak pegi sangat sebab ingatkan itu tempat rekreasi untuk mandi-manda, rupa2nya tak pun.. Tempat tu sesuai untuk orang yang suka memancing dan buat aktiviti outdoor yang lain macam kayak, paddle boat, dan macam2 lagi. Tapi semua tu berbayar la kan. Yang sempat aku tengok, harga untuk nak memancing RM20 untuk sehari. Aku tengok ada orang yang siap berkhemah lagi sebab nak memancing. Permandangan kat sini pun memang cantik sangat2. Hijau jer.. Sejuk mata memandang. Kemudahan macam kafe, toilet dan parking pun sangat memuaskan hati. Tapi aku dan kawan2 cuma datang untuk picnic jer. Mula2 bentang tikar kat atas rumput, hidang2 makanan, tak sampai 1 jam tetibe hujan renyai2 turun. Nasib baik banyak tempat duduk dan meja berbumbung, so tak la susah sangat nak selamatkan semua makanan2 kami tu. Tapi still lagi enjoy dengan aktiviti hari tu. Rase macam nanti nak bawak anak2 buah datang sini. Kalo dapat berlari2 kat tempat lapang macam ni diorang memang suka sangat..

Nice scenery.. except for the cone..he3

kelab putih biru

Syok3...

 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design