Wednesday, 27 July 2011

Betul ker ni??

Makin dekat hari nak berhenti kerja makin takut pulak. Takut kalau aku tak buat keputusan yang betul. Surat resign dah hantar, chief dah reply pun. Tadi admin officer datang suruh aku sign surat pengesahan berhenti kerja. Tiba2 aku rase macam tak best. Mungkin sebab sedih nak berhenti kerja & takut kalau ini bukan yang terbaik utk aku. Tapi aku sign jugak.. So, this is it.. Mmg betul, tinggal seminggu jer lagi aku kat sini. Nasib baik tadi Iman datang bawak invitation untuk berbuka puasa dengan Tun Mahathir. Syukur.. sebelum berhenti kerja dapat jugak aku makan dengan Tun Mahathir. Nak amik autograph dia entah la dapat ker tak. Tapi harap2 dapat la amik gambar dengan Tun..hehe.. Dan yang paling penting, moga2 keputusan yang aku ambil ni betul & baik untuk aku.. Amin..

Thursday, 21 July 2011

Bittersweet...

Tetibe aku dpt offer keje baru.. Kalo ikutkan memang la nak, coz dekat dengan family. Kat Putrajaya ni sewa umahnya mahal.. umah aku la.. sebab masa tu dah desperate nak cari rumah.. so terpaksa la terima jer. Nak cari rumah lain, malas la pulak.. So, selain dari rumah sewa tu, semua kat sini semua aku suka. Tempat kerja, kawan2, makanan, semua aku boleh terima. Sebab tu rasa macam bersalah jer nak berhenti kerja. Dah la baru kerja sebulan lebih kat sini. Tak sempat la nak join visit ke Bank Negara & Petronas Resource Center. Tadi bagitau kat bos pasal nak berhenti, terkedu dia. Dia cakap "Aduiiihhhhh".. Pastu dia gi solat jumaat..hihihi.. Hmm..suddenly this bittersweet feeling keep coming..what if I made a wrong decision? I had mix kind of feeling and thought, in my heart and my mind. Macam mane??huhu...

Saturday, 16 July 2011

Syukur...

15 July 2011, genap sebulan aku bekerja di PLF. Dan dalam masa sebulan ni banyak juga lah pengalaman pahit manis dan pengajaran yg dapat di timba. Every week dapat tgk Tun Mahathir dari dekat, CEO Forum at SDCC, jumpa vice president of Kenya... dan banyak lagi.. Alhamdulillah.. syukur untuk semua pengalaman ini. Moga2 hari2 yang mendatang akan lebih baik.. Insya Allah.. Tapi even dah sebulan keje sini pun tak pernah lagi dapat tengok betul2 permandangan sekeliling PLF ni.. Jadi, aku dan BFF aku pun wat la sesi photoshoot tak rasmi sambil round2 sekeliling bangunan PLF waktu lunch hour. Cantik betul pemandangan tepi tasik kat PLF ni. Mmg syok kalau dapat baca buku kat sini.. =)


 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design