Sunday, 26 June 2011

CEO Forum at Sime Darby...

Pada 23 Jun yg lalu, aku dan staff2 Perdana Leadership Foundation (PLF) kena bertugas kat CEO Forum yg berlangsung di Sime Darby Convention Center(SDCC). Ni mmg first experience aku untuk terlibat dalam event yang besar2 macam ni. Lebih kurang 700 VVIP dan CEO kat Malaysia ni terlibat sama menjayakan forum ni. Aku.. jadi krew kecik jer.. Tugas aku jual buku yang di tulis oleh Tun Mahathir dan buku yang launch kat PLF. Tapi kadang2 aku gi gak menyelit kat kawan2 aku yang jadi usher sbb nak tgk VVIP ni dari dekat. Antara yang aku dapat jumpa ialah Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah, Dato Mukhriz, Dato Mokhzani, Dato Effendi Nawawi & Datin Tiara, dan ramai lagi. Yang paling best kat SDCC ni ialah makanannya. Dari malam rehearsal sampai ke penghujung program, memang duk makan sedap jer. Kat sini ada 2 cafe. Makanan melayu & nasi2 kat 'Halia'. Kalau chinese food lak kat 'China Treasure'. Makanan kat Halia memang saaaaangat sedap dan byk variety. Makan kat sini buffet & bayar ikut kepala. RM60 sekepala. Nanti kalau ada rezeki aku nak bawak family aku makan kat sini. Insya Allah.. Nampaknya aku kena saving dari sekarang!!! =)

My dinner at Halia
dessert..yum2
Lunch..
Hi tea
 p/s: gambar breakfast tak sempat nak snap sbb mkn dgn bos2..

Wednesday, 8 June 2011

Sedapnye Italianies..

3 hari lepas aku, adik & family kakak aku gi jalan2 kat The Curve. Walaupun dah 2-3 kali datang jalan2 kat sini tapi tak pernah lak cuba satu italian restaurant ni. So, pada hari berkenaan, kakak aku suggest untuk makan di Italianies. Mmg aku x sabar nak makan hari tu sebab tak breakfast and sampai kat situ dah pukul 2 lebih. So, aku memang lapar. Dan yang paling best makanan dia tak la mengecewakan. Berpatutan la dengan harganya. Terima kasih pada yang membayar.hehe..

Antara menunya..
Tapi dalam banyak2 ni aku paling suke appetizer dia.. which is.. mushroom soup. So creamy and so mushroom. Bleh imagine tak?hehe. Memang sedap sangat2. Tak puas makan tu. Harap2 nanti bila aku dah ada duit sikit turn aku la pulak belanja family aku..hehe

Mushroom soup

Tuesday, 7 June 2011

Kerja...

Abis jer praktikal bulan 2 hari tu target aku nak dapat kerja at least before aku konvo. Sebab kalo pas konvo nnti akan muncul pula fresh2 graduate yg baru yg aku nak kena bersaing untuk dapatkan kerja nnti. Ye la bidang librarian ni bukan besar sangat, dlm 1 organization kadang2 cuma nak pakai 1 atau 2 org ajer sbb tempat2 selebihnya dah tentu la dah di ambil oleh senior2 aku. Sementara aku blom dpt kerja aku tolong kakak aku baby sit anak dia. Tunggu punye tunggu, apply punye apply, tak jugak dapat kerja. Kadang2 bila online tak bukak fb pun, duk google-ing cari kerja sana sini. Sampai la aku konvo, tak juga dapat kerja. Lepas tu aku bace blog kawan aku ni, dia ckp mase dia menganggur dia byk wat solat2 sunat. 2 bulan jer dia nganggur tup2 dia dpt 2 offer serentak. Aku plak, 1 pun x dapat. Sedih3. Tapi bila aku baca tu, terasa mcm aku lalai pulak. Memang pas solat 5 waktu aku doa, tp mungkin juga x cukup. Tetibe rase insaf..hehe.. So pastu aku pun cube2 jugak la merajinkan diri.. dan alhamdulillah tak lama selepas tu, dapat 2 offer, dua2 pada hari yang sama jugak. Tapi of course aku akan terima offer yang dalam bidang aku kan.. Dan tempat yang aku bakal bekerja adalah... Perdana Library which is di bawah Perdana Leadership Foundation.


Moral of the story: jgn malas wat solat sunat (hehe) 
 
Free Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design