Bulan disember ni sememangnya bulan yg sgt busy utk aku, especially kat ofis. Kerja banyak. Tapi aku cuba jugak buat semuanya tanpa rungutan (kalau boleh..hehe).. Sebenarnya takde idea pun nak tulis ape kali ni.. Lepas fikir2, tetibe rase nak recap peristiwa yg berlaku pada aku utk tahun 2011 ni.. Secara ringkasnya.. tahun ni banyak jugak la benda yang best terjadi dalam hidup aku.. antaranya aku akhirnya dapat degree, aku dapat kerja, join CEO Forum at SDCC, adik aku bertunang, and tentunya..dapat jumpe 2PM =).. Ada jugak peristiwa sedih which are aku menganggur selama 6 bulan (sabar je la pressure nyer time ni) dan nenek yang disayangi kembali ke rahmatullah.. As a human being, aku bersyukur atas semua nikmat yang aku kecapi sampai hari ni dan aku harap tahun depan dan untuk masa akan datang, aku dapat menjadi insan yang lebih baik lagi, dan dapat mengecapi perkara yang baik2 lagi.. Insya Allah..
Sunday, 25 December 2011
Sunday, 27 November 2011
Best3...
Even duduk kat free seating nyer side, still leh nmpak muka diorg dengan clear.
Dan yang paling best bila Junho tibe2 ckp melayu and ckp "terima kasih utk datang ke sini. Saya akan balek lagi".. hahaha.. pronounciation yg agak kelakar. tp thumbs up utk effort tu..hehe..
Saturday, 22 October 2011
Family Day
Baru 2 bulan keje dah dpt join family day. Memang rezeki aku kot. Tapi family day ni bkn untuk sunway u nyer staff jer, tp sunway group. Bleh bayangkan tak betapa ramai nya org yang datang?? Tapi program kali ni rasanya lebih kepada untuk spend time dengan family masing2. Pagi tu aku gerak dari rumah kul 7 pagi, sampai kat surf beach entrance kul 7.30 pagi. Dan masa tu org dah tersangat la ramai. Nasib baik dapat parking. Then amik goodie bag and terus que. Kami start que kul 8, and kul 8.15 dapat masuk. Dalam email yg dihantar diorang ckp breakfast disediakan cuma untuk 2000 orang terawal sahaja. Even aku dapat masuk pukul 8.15, aku tak x dapat pun breakfast tu.huhu.. Leh bayangkan tak betapa ramainya orang? Lepas tu, dlm pukul 8.30 pagi program start dengan aerobic dulu. Yang ni memang aku punya favourite part. Sebab instructor dia sangat best dan step nya x susah langsung. Tapi felt annoyed dengan ade sorang budak ni x habis2 nak ckp aku dan kwn aku 2 org lagi semangat sangat wat aerobic. Dia yg malas nak exercise ckp org lebih2 lak..he3.. Then lepas aerobic ade ucapan perasmian and bunga api. Memang meletup habis bunga api dia. Cantik.. Dalam setengah jam lepas tu dah bleh amik brunch. Maybe dlm pukul 9.30 pagi kot. Then lepas tu dah boleh start aktiviti bebas. Tapi kira ok jugak la coz memang banyak sangat game kat dalam sunway lagoon tu. Itu pun x habis main sebab kejap2 hujan. Tapi x lebat mana la.. Nasib baik hujan turun sekejap jer.. Alhamdulillah.. for the rest of the day memang cuaca baik dan matahari pun x panas sangat. Kesimpulannya, memang la best kan..tapi aku x leh lupa pada kapal lanun dia yang memang scary. Dan sebab itu juga aku x naik kapal lanun tu. I'm quite scare of height.. So before2 ni pun kalo aku naik mesti aku menyesal lepas tu..hehe.. Yang dekat genting highland yang tak scary tu pun aku bleh menjerit2 naik kapal lanun dia, ini kan pulak yang kat sini yang siap terbalik dan berhenti sekejap dalam keadaan tu maybe dlm 5 saat kot. Fuh... memang aku tengok pun dah kecut perut..hehe.. Kalo lama aku kerja kat sini Insya Allah tahun depan aku akan datang lagi.. Memang seronok dan berbaloi2... =)
Sebelum peramian.. |
Kapal lanun yg scary.. Mula2 dia mcm ni.. |
Lepas tu dia mcm ni.. takottt~~~ |
![]() |
Selepas main2 dan mandi-manda.. Balik time~~~ |
Wednesday, 12 October 2011
Bubba Gump Shrimp Co.
Pernah tgk cite Forest Gump tak? Best kan cite tu? Sangat inspiring. Kalau belum pernah tgk, highly recommend utk korg tgk cite tu. And kalau tgk cite tu, mesti tau kan pasal plan Forest ngan Bubba nak bukak kedai udang. aku pun mula2 igt kan cerita tu sekadar cerita jer. Tapi betul2 wujud rupanya restoran tu. Restoran Bubba Gump Shrimp Co. Memang restoran ni jual semua masakan yang ada udang. First time aku makan kat sini last week. Dan semuanya tak mengecewakan jugak. Memang sedap2. Tapi kena prepare la dengan duitnya.hi3.. Menu2 dia pulak kebanyakannya dia letak nama watak2 dalam cite Forest Gump tu macam Jenny, Lt. Dan, and Bubba. Konsep restoran pun memang ikut filem tu. Entah la cerita tu memang kisah benar atau pun tak. Tapi semuanya memang ok la. Nama menu yang aku makan hari tu memang aku tak igt. Sekadar ada gambar makanan untuk di share. Yang udang banyak2 tu appetizer, dan steak tu main course. Memang kenyang sangat2. Rasanya 1 meal kalau kongsi 2 orang pun ok kot..
Sparkling mango. The other one, I really can't remember its name =) |
Appetizer.. nyum2 |
Combo steak.. |
Friday, 30 September 2011
OnBrand workshop..
Last week, aku kena join training under sunway u. Tapi bukan aku sorg jer, semua staff baru dan yg belum pernah join workshop ni, kena participate. Workshop ni setahu aku dibuat setahun sekali so ade la jugak staff yang dah setahun kerja pun kena join jugak. Ini adalah first time aku join workshop yang melibatkan professional consultant dan comment aku satu jer.. Memang Best!! Diorang ni bukan motivator tp diorang boleh motivate kita dengan bagi inspiring story yang memang inspire kita dan buat kita rasa kita ni penting jer. Memang seronok la. Dari moment kita masuk dewan, diorang sangat welcoming kita dengan cara yang tersendiri. Memang best..
Dalam dewan |
Satu lagi yang best, mestila makanan hari tu. Untuk breakfast dan refreshment ok jugak la.. mee goreng la, kuey teow goreng la, sandwich dan kuih muih. Yang paling best ialah waktu lunch. Lauk sangat banyak and semuanya sangat sedap. Habis nasi aku tercover dek lauk pauk yang banyak.
Makan time!! |
Tapi apa2 pun workshop hari tu memang best. Moga2 lepas ni semangat OnBrand tu x hilang dan jadi OffBrand..he3
Saturday, 10 September 2011
Pergi kerja..
Sejak hari pertama aku kerja kat tempat baru ni, hari2 aku pergi kerja naik komuter. Lepas tu akan ada sorang office mate aku yg baik hati ni tumpangkan aku dari komuter sampai la ke ofis. Hari2 mcm ni. Tapi ye la kan.. walaupun dekat jer jarak dari rumah ke tempat kerja, tp bila dah naik komuter, kadang2 aku habis banyak sgt masa cuma untuk menunggu komuter smpai. Yer la.. pagi2 mmg peak hour kot. Kadang2 ade la jugak komuter dlm 15-20 minit sekali. Tapi aku mmg sakit hati kalau setengah jam tunggu baru sebijik komuter yang sampai. Yang sampai tu pulak dah sedia penuh, kadang2 mmg x dapat masuk dan terpaksa habis kan 15-30 minit lagi utk naik next komuter. Aku pulak tumpang orang utk ke ofis, so selalu jer risau takut aku sampai2 jer dia dah menunggu. Tapi so far xde lagi lah.. Selama sebulan, itu la rutin aku ke tempat kerja. Nak di jadikan cerita, awal minggu ni ada sorang staff baru masuk, bila dah borak2 rupa2nya dia duduk 1 taman perumahan dgn kakak aku yang no 3.. Fyi, masa aku study dulu every week aku blk rumah kakak ku yang no 3 ni. So tetibe jer dia offer aku tumpang dia gi keje dan aku pun cuba la. So tak payah la aku susah2 nak tunggu komuter kan.. So kami gerak ke tempat kerja pukul 7 pagi. Pagi tu dia x la bawak kereta laju sangat dan jalan pun xla jem sgt. Tapi kereta mmg byk as always. Tetibe pukul 7.30 kami dah sampai Subang Parade. Awal giler kot kalo nak masuk ofis time ni. So, kami pun pagi la sarapan dulu kat McD Subang Jaya.hehe..
Pagi tu tiba2 aku rasa sgt best, sbb dpt jimat byk masa dan sempat breakfast lagi. So bermulanya minggu depan, aku akan start tumpang dia ke tempat kerja dan akan bermula lah rutin yang baru. Harap2 semua urusan aku lepas2 ni berjalan lancar..Amin..
Wednesday, 24 August 2011
My new job..
Alhamdulillah.. hampir sebulan kerja kat di tempat baru. Dan setakat ni semuanya ok. Walaupun kena pergi dan balik kerja naik bas, still ok jugak. Office mate pun semua baik2 dan sgt2 helpful. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2. Walaupun mula2 dulu ada rasa ragu2, tapi rasanya sekarang aku dah dapat sesuaikan diri. Minggu pertama aku kat sini aku tak la rasa best sangat, sebab aku rindu gile kat kawan2 kat PLF tu. Tapi since kami ym hari2 so terubat la jugak rindu tu. Dan last week kami dah berjumpa semula dan berbuka puasa sama2. Memang seronok seperti biasa la. So now..no more regret!!
ISBN buku yang kena hadap hari2.. |
Thursday, 18 August 2011
Coconut shake..
Korang suka tak minum coconut shake?? Aku frankly speaking, x pernah minum dan tak pernah terasa untuk mencuba. Sampai la pada suatu hari kami pegi jalan2 kat Alamanda and then tak tau nak makan ape. Rasa malas nak makan fast food sebab dah biasa sangat. So last2 kami decide utk mkn di food court jer. Mula2 kwn aku jer beli coconut shake utk dia. Bila aku tengok macam sedap plak. Last2 kami bertiga semua minum coconut shake. Mmg sangat sedap..bagi aku la..rupa dia pun sangat menggoda org utk meng order..hehe..
coconut shake kami..nyum3.. |
Tapi kami gi sana tak de la minum coconut shake jer.. Selain dari coconut shake, aku makan fried wantan mee dan bel plak order chicken chop. Aku rase wantan mee aku sedap, tapi bel cakap chicken chop dia biasa jer. So terpulang la kan, selera masing2.. Tapi hari itu memang sangat2 mengenyangkan.. Dan aku tetiba2 jadi suka sangat nak minum coconut shake lagi..
Tuesday, 2 August 2011
Taman Wetland, Putrajaya
Disebabkan aku dah nak resign tak lama lagi, kwn2 aku suggest utk kitorg picnic2 kat Taman Wetland, Putrajaya. Mula2 aku tak berapa nak pegi sangat sebab ingatkan itu tempat rekreasi untuk mandi-manda, rupa2nya tak pun.. Tempat tu sesuai untuk orang yang suka memancing dan buat aktiviti outdoor yang lain macam kayak, paddle boat, dan macam2 lagi. Tapi semua tu berbayar la kan. Yang sempat aku tengok, harga untuk nak memancing RM20 untuk sehari. Aku tengok ada orang yang siap berkhemah lagi sebab nak memancing. Permandangan kat sini pun memang cantik sangat2. Hijau jer.. Sejuk mata memandang. Kemudahan macam kafe, toilet dan parking pun sangat memuaskan hati. Tapi aku dan kawan2 cuma datang untuk picnic jer. Mula2 bentang tikar kat atas rumput, hidang2 makanan, tak sampai 1 jam tetibe hujan renyai2 turun. Nasib baik banyak tempat duduk dan meja berbumbung, so tak la susah sangat nak selamatkan semua makanan2 kami tu. Tapi still lagi enjoy dengan aktiviti hari tu. Rase macam nanti nak bawak anak2 buah datang sini. Kalo dapat berlari2 kat tempat lapang macam ni diorang memang suka sangat..
Nice scenery.. except for the cone..he3 |
kelab putih biru |
Syok3... |
Wednesday, 27 July 2011
Betul ker ni??
Makin dekat hari nak berhenti kerja makin takut pulak. Takut kalau aku tak buat keputusan yang betul. Surat resign dah hantar, chief dah reply pun. Tadi admin officer datang suruh aku sign surat pengesahan berhenti kerja. Tiba2 aku rase macam tak best. Mungkin sebab sedih nak berhenti kerja & takut kalau ini bukan yang terbaik utk aku. Tapi aku sign jugak.. So, this is it.. Mmg betul, tinggal seminggu jer lagi aku kat sini. Nasib baik tadi Iman datang bawak invitation untuk berbuka puasa dengan Tun Mahathir. Syukur.. sebelum berhenti kerja dapat jugak aku makan dengan Tun Mahathir. Nak amik autograph dia entah la dapat ker tak. Tapi harap2 dapat la amik gambar dengan Tun..hehe.. Dan yang paling penting, moga2 keputusan yang aku ambil ni betul & baik untuk aku.. Amin..
Thursday, 21 July 2011
Bittersweet...
Tetibe aku dpt offer keje baru.. Kalo ikutkan memang la nak, coz dekat dengan family. Kat Putrajaya ni sewa umahnya mahal.. umah aku la.. sebab masa tu dah desperate nak cari rumah.. so terpaksa la terima jer. Nak cari rumah lain, malas la pulak.. So, selain dari rumah sewa tu, semua kat sini semua aku suka. Tempat kerja, kawan2, makanan, semua aku boleh terima. Sebab tu rasa macam bersalah jer nak berhenti kerja. Dah la baru kerja sebulan lebih kat sini. Tak sempat la nak join visit ke Bank Negara & Petronas Resource Center. Tadi bagitau kat bos pasal nak berhenti, terkedu dia. Dia cakap "Aduiiihhhhh".. Pastu dia gi solat jumaat..hihihi.. Hmm..suddenly this bittersweet feeling keep coming..what if I made a wrong decision? I had mix kind of feeling and thought, in my heart and my mind. Macam mane??huhu...
Saturday, 16 July 2011
Syukur...
15 July 2011, genap sebulan aku bekerja di PLF. Dan dalam masa sebulan ni banyak juga lah pengalaman pahit manis dan pengajaran yg dapat di timba. Every week dapat tgk Tun Mahathir dari dekat, CEO Forum at SDCC, jumpa vice president of Kenya... dan banyak lagi.. Alhamdulillah.. syukur untuk semua pengalaman ini. Moga2 hari2 yang mendatang akan lebih baik.. Insya Allah.. Tapi even dah sebulan keje sini pun tak pernah lagi dapat tengok betul2 permandangan sekeliling PLF ni.. Jadi, aku dan BFF aku pun wat la sesi photoshoot tak rasmi sambil round2 sekeliling bangunan PLF waktu lunch hour. Cantik betul pemandangan tepi tasik kat PLF ni. Mmg syok kalau dapat baca buku kat sini.. =)
![]() |
Sunday, 26 June 2011
CEO Forum at Sime Darby...
Pada 23 Jun yg lalu, aku dan staff2 Perdana Leadership Foundation (PLF) kena bertugas kat CEO Forum yg berlangsung di Sime Darby Convention Center(SDCC). Ni mmg first experience aku untuk terlibat dalam event yang besar2 macam ni. Lebih kurang 700 VVIP dan CEO kat Malaysia ni terlibat sama menjayakan forum ni. Aku.. jadi krew kecik jer.. Tugas aku jual buku yang di tulis oleh Tun Mahathir dan buku yang launch kat PLF. Tapi kadang2 aku gi gak menyelit kat kawan2 aku yang jadi usher sbb nak tgk VVIP ni dari dekat. Antara yang aku dapat jumpa ialah Tun Mahathir, Tun Siti Hasmah, Dato Mukhriz, Dato Mokhzani, Dato Effendi Nawawi & Datin Tiara, dan ramai lagi. Yang paling best kat SDCC ni ialah makanannya. Dari malam rehearsal sampai ke penghujung program, memang duk makan sedap jer. Kat sini ada 2 cafe. Makanan melayu & nasi2 kat 'Halia'. Kalau chinese food lak kat 'China Treasure'. Makanan kat Halia memang saaaaangat sedap dan byk variety. Makan kat sini buffet & bayar ikut kepala. RM60 sekepala. Nanti kalau ada rezeki aku nak bawak family aku makan kat sini. Insya Allah.. Nampaknya aku kena saving dari sekarang!!! =)
My dinner at Halia |
dessert..yum2 |
Lunch.. |
Hi tea |
Wednesday, 8 June 2011
Sedapnye Italianies..
3 hari lepas aku, adik & family kakak aku gi jalan2 kat The Curve. Walaupun dah 2-3 kali datang jalan2 kat sini tapi tak pernah lak cuba satu italian restaurant ni. So, pada hari berkenaan, kakak aku suggest untuk makan di Italianies. Mmg aku x sabar nak makan hari tu sebab tak breakfast and sampai kat situ dah pukul 2 lebih. So, aku memang lapar. Dan yang paling best makanan dia tak la mengecewakan. Berpatutan la dengan harganya. Terima kasih pada yang membayar.hehe..
Tapi dalam banyak2 ni aku paling suke appetizer dia.. which is.. mushroom soup. So creamy and so mushroom. Bleh imagine tak?hehe. Memang sedap sangat2. Tak puas makan tu. Harap2 nanti bila aku dah ada duit sikit turn aku la pulak belanja family aku..hehe
![]() |
Antara menunya.. |
Mushroom soup |
Tuesday, 7 June 2011
Kerja...
Abis jer praktikal bulan 2 hari tu target aku nak dapat kerja at least before aku konvo. Sebab kalo pas konvo nnti akan muncul pula fresh2 graduate yg baru yg aku nak kena bersaing untuk dapatkan kerja nnti. Ye la bidang librarian ni bukan besar sangat, dlm 1 organization kadang2 cuma nak pakai 1 atau 2 org ajer sbb tempat2 selebihnya dah tentu la dah di ambil oleh senior2 aku. Sementara aku blom dpt kerja aku tolong kakak aku baby sit anak dia. Tunggu punye tunggu, apply punye apply, tak jugak dapat kerja. Kadang2 bila online tak bukak fb pun, duk google-ing cari kerja sana sini. Sampai la aku konvo, tak juga dapat kerja. Lepas tu aku bace blog kawan aku ni, dia ckp mase dia menganggur dia byk wat solat2 sunat. 2 bulan jer dia nganggur tup2 dia dpt 2 offer serentak. Aku plak, 1 pun x dapat. Sedih3. Tapi bila aku baca tu, terasa mcm aku lalai pulak. Memang pas solat 5 waktu aku doa, tp mungkin juga x cukup. Tetibe rase insaf..hehe.. So pastu aku pun cube2 jugak la merajinkan diri.. dan alhamdulillah tak lama selepas tu, dapat 2 offer, dua2 pada hari yang sama jugak. Tapi of course aku akan terima offer yang dalam bidang aku kan.. Dan tempat yang aku bakal bekerja adalah... Perdana Library which is di bawah Perdana Leadership Foundation.
Moral of the story: jgn malas wat solat sunat (hehe)
Friday, 27 May 2011
Korea korea korea..
Sekarang ni dah macam trend pulak. Semua nak tiru macam org Korea. Kat Malaysia ni pun budaya korea dah banyak mempengaruhi dan menjadi ikutan, especially remaja. Korean drama, movie, boy band, music, food, kereta, tv dan macam2 lagi.. banyak pengaruh korea sekarang ni. Nak2 lagu2 korea sekarang ni, memang ramai yang suka. Bukan nak cakap apa, tapi aku personally think yang lagu2 diorg mmg sedap. Maybe x semua nya tapi kebanyakannya memang sedap telinga nak mendengar walaupun kita x faham pun maksud lagu tu. Aku pun mula2 dulu layan sikit2 jer. Tapi bila dah start layan makin banyak lagi rase nak layan. Dulu aku tengok sikit2 jer korean drama, setakat yang ada kat tv jer. Takde lah pulak nak usaha search kat internet ker ape. Sekarang ni macam dah x cukup plak yang kat tv tu. Aku search pulak drama korea online. Tapi bila ada masa terluang aje la. Bukan la hari2. Sama gak macam penyanyi korea. Mula2 aku minat 2PM jer. Malas nak layan yang lain2. Tapi kalau dah ter start tgk variety show korea yang kebanyakannya memang kelakar x hengat, mmg akan ter start dgn artis2 korea lain jugak.
![]() |
Comelkan 2PM?? =) |
Mmg betul Korean Wave dah melanda. Bila la agaknya 2PM nak datang Malaysia. Singapore, Thailand n Indonesia diorang dah pegi. Malaysia x jugak singgah. Tapi kalau diorang datang pun aku belum tentu boleh pegi tengok diorang.hehe.. Takpe la ape2 pun lagu2 dan drama korea mmg best. Soundtrack drama pun selalunya yang akan buat orang lagi suka nak tengok drama tu. Jom kita layan mane2 cite dan lagu2 yang best. Jom!!
Tuesday, 24 May 2011
Books...
I always love books. Even though most of the reading material have been digitized, some people might say book is not needed anymore since everything is the laptop, ipad, iphone atau yang sewaktu dengannya but its totally not true. If its true, dah lame bookstore kat Malaysia ni gulung tikar. I love reading, but not necessarily only book. Just like them below. As to start this blog, I am now share one of my interest. So let us all get anything to read whether its newspaper, magazine or other person blog (hehe) so that we can add some knowledge in mind and widen our view about life. See yaa..
Subscribe to:
Posts (Atom)